zaman persekolahan

Aku teringat semasa zaman persekolahan dulu ketika:

#Tahun 2000, Tadika Kemas Sg. Buloh (Cikgu Zaiton)- dia pukul aku sebab tak reti beza kan huruf  D dengan B

#Year 2, SKS (Cikgu Zainita)- dia baling kapur dekat aku sebab tidur semasa dia mengajar

#Year 4, SKBR (Cikgu Zulkifli)- dia baling buku aku dekat luar kelas sebab tulisan aku buruk sangat dia tak faham

#Year 5, SKBR (Cikgu Noraini)- dia cubit aku dekat perut sebab keputusan ujian topikal bahasa melayu teruk

#Form 1, SMKBR, (Cikgu Azah)- kene pukul dan kene berdiri dekat luar kelas sebab tak siap kerja rumah dengan tak bawak buku

#Form 1, 2, dan 3, SMKBR (Cikgu Azizah)- kene duduk dekat lantai sebab bising dalam kelas, tak siap kerja rumah dan tak bawak buku.

#Form 3, SMKBR (Cikgu Madrawi)- dia baling folio aku dekat muka aku sebab aku nie degil.

#Form 4, SMKBTK, (Cikgu Arbahiyah)- kene berdiri satu jam sebab tak bawa buku latihan math

#Form 5, SMKBTK, (Cikgu Badariah)-kene pukul sebab bercakap dan makan semasa dia mengajar.


Tengok muka aku mesti ingat pelajar baik. tapi tengok la. Bukan main banyak kene marah dan denda dengan cikgu. Dulu aku marah bila cikgu buat macam tu dekat aku. Tapi bila dah dewasa aku nak cakap TERIMA KASIH CIKGU ! sebab buat macam tuh benda tuh jadikan aku satu cabaran untuk terus berusaha mengejar cita cita aku. hanya Allah SWT dapat membalas jasa baik anda semuaaa :')

No comments:

Post a Comment